1. Saya amat memuji ada antara para pemimpin kita yang masih bertugas dan juga yang sudah bersara meluangkan masa lapang mereka dengan menulis pendapat dan berkongsi pengalaman mereka di blog-blog internet.
2. Perbuatan mereka perlu dipuji kerana dengan internet maklumat-maklumat yang dikongsi mereka amat mudah untuk diakses oleh rakyat.
3. Namun begitu terdapat juga pemimpin-pemimpin kita yang menulis blog-blog di internet dengan niat memburukkan orang lain (pemimpin parti politik lain), niat mengaburi mata rakyat terhadap kesilapan mereka yang terdahulu, dan juga bagi memenangi hati pembaca untuk menunjukkan bahawasanya mereka lebih suci dari air yang bersih.
4. Namun begitu, saya bersyukur kerana rakyat Malaysia semakin lama sudah semakin bijak. Mereka bijak berfikir apa yang baik dan apa yang buruk buat negara mereka.
5. Andaikata, ada antara syarikat-syarikat yang dibangunkan kerajaan yang telah disalah gunakan - contoh, pemimpin memilih ketua syarikat yang salah, rakyat boleh nampak berbatu jauhnya bahawa pemimpin itu ada agenda tersendiri dan bukanlah semata-mata demi membangunkan kerajaan.
6. Alangkah bagus sekiranya semua pemimpin negara kita bersikap seperti bekas Timbalan Perdana Menteri kita, arwah Tun Ghaffar Baba.
7. Beliau sanggup tidak menggunakan kenderaan sendiri untuk mengambil anak pulang dari sekolah kerana kenderaan kerajaan adalah untuk tugas rasmi kerajaan dan bukan kegunaan sendiri.
8. Sampai bilakah negara kita akan dibelenggu dengan pemimpin-pemimpin yang lebih mementingkan agenda sendiri dari kepentingan negara?
9. Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya bedoa kehadrat Ilahi, agar negara Malaysia bukan saja makmur dan aman, malah bebas dari korupsi wang dan agenda-agenda kotor para pemimpinnya. Insyallah.