Penggunaan Bahasa Arab Yang Di Melayukan

1. Negara kita global.

2. Bahasa kita pernah jadi bahasa global. Ingati "Lingua Franca".

3. Di sebabkan beratus tahun orang dari negara luar keluar dan masuk ke tanah air kita, oleh yang demikian ada bahasa Malaysia yang kita guna hari ini menggunakan bahasa luar.

4. Ada dari bahasa Portugis, India, Cina, Inggeris dan Arab.

5. Contohnya, Almari yang diambil dari bahasa Portugis "AlMario". Begitu juga dengan "Garfu".

6. Ada juga bahasa Malaysia yang diambil dari bahasa Arab. Antaranya "Halal" dan "Haram".

7. Tetapi ada juga aplikasi dalam bahasa Malaysia ini yang tak sepatutnya menggunakan perkataan-perkataan pinjam tersebut.

8. Contohnya: "Penghalalan perjudian bola sepak". Tak betul ni.

9. Kalau nak di Inggeriskan: "Legalizing football gambling".

10. Pelik kalau di bahasa Malaysiakan. Seolah-olah, agama menghalalkan perjudian.

11. Rasanya ada baik jika Dewan Bahasa dan Pustaka mula berfikir untuk mencari kata ganti untuk perkataan "Halal" yang bermaksud "legalising". Baru betul.

12. Halal yang memberi maksud tidak haram di sisi Agama Islam, haruslah di kekalkan.

13. Apakah pendapat pihak yang berkenaan? Setuju atau tidak?

p/s: Saya tak faham kenapa nak "Halal"kan perjudian bola sepak. Jika semata-mata nak menaikkan mutu bola sepak negara, saya berpendapat bahawa pendapat tersebut ialah tahi lembu.

Tutup buku sebelum habis baca, tak betul.

1. Di bawah tampuk pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah dilaporkan bekalan peralatan untuk sekolah vokasional di anugerahkan tender dengan harga yang tidak munasabah.

2. Alatan tersebut dibayar dengan wang rakyat sehingga 4 kali ganda harga asal.

3. Terdapat repot di tajuk utama akhbar tempatan.

4. Apakah kesudahannya?

5. Orang yang menganugerahkan kontrak telah di hukum atau belum?

6. Orang yang menerima kontrak telah disoal siasat atau belum?

7. Di harap tampuk pemerintahan kita sekarang, Dato Seri Mohd Najib buka semula cerita ini dan hukum mereka yang berkenaan.

8. Rakyat Malaysia semakin hari semakin pandai. Kampung pun sudah sedikit. Oleh yang demikian, pemikiran kampung itu hampir tidak wujud lagi.

9. Untuk menyelamatkan Malaysia, PM perlu lebih agresif. Tak perlulah pilih bulu atau kawan. Sesiapa salah, bawak sahaja lah ke muka pengadilan.

10. Nanti, bila PM dah pencen, takder siapa dari parti ingat. Lihat sajalah Tun Mahathir dan Tun Abdullah. Orang yang sayang mereka ketika mereka PM dahulu, kini kutuk mereka.

11. Tetapi, jika PM berbuat keadilan yang betul-betul adil, 1Malaysia boleh nampak.

12. Tak perlu bagi peluang kedua.

13. Ingatlah. Duit kerajaan ialah duit rakyat. Nama pun kerajaan demokrasi. Bukan "demo kasi".

Tak setuju, tapi tak setuju??

1. Ada antara kita tak suka UMNO. Ada yang suka UMNO. Ada yang sayang UMNO. Ada yang benci UMNO. Hak masing-masing.

2. Ada yang tak suka PKR. Ada suka PKR. Sama juga dengan parti-parti lain. Tak kira lah MCA, MIC, Pas, DAP. Secara am, ada yang suka ada yang tak suka.

3. Tapi kasihan ada yang suka separuh jalan. Ada juga yang tak suka separuh jalan.

4. Ada yang setuju demokrasi tapi tak faham apa maksud demokrasi.

5. Ada yang tengok kerajaan buat dia tak setuju 100%. Tapi bila pembangkang buat benda yang sama dia setuju 100%.

6. Ada pulak yang rasa kalau parti bukan berasaskan kaum jadik pemerintah, negara kita akan jadik lebih bagus. Tapi taknak pula melepaskan hak-hak bumiputera.

7. Kalau ditanya kenapa, di jawab "Kita sampai dulu, takkan depa nak hak2 tu jugak.."

8. Kalau ditanya lagi, "betulka kita datang dulu?" Depa jawab "mestilah kita datang dulu".

9. Kalau ditanya lagi, "dulu Parameswara datang pun dari tempat lain". Depa jawab "mestilah kena ada cut off point".

10. Nak sangat adil, tapi tak nak berlaku adil. Tak faham. Tak faham.

11. Bangsa penting ker nak masuk syurga? Kalau tak silap, masa belajar sekolah agama dulu-dulu, cikgu cakap kena Islam kalau nak masuk syurga. Tak pulak kata bangsa itu penting.

12. Tak tau lah apa nak cakap. Orang kata faham isi kandungan tapi sebenarnya dungu.

13. Biar lah Si Luncai terjun dengan labu-labunya.

Lokasi Sekolah Penting?

Interviewer: What is your vision to this company if we are decided to take you on board?

Candidate: I will work my way up and ensure the company expands and become one of the richest company in the whole wide world.

Interviewer: Errr... when you say you want to work your way up, what kind of position are you looking at?

Candidate: Owhh.. My dream is to become the president of the company one day.

Interviewer: I see.. ermmm, (whilst looking into the cadidate's file). I think you need to lower your expectations a little bit, I'd say maybe Senior Manager the highest considering you are not from M**K or T*C.

Candidate: Ouhh.. ya ka? Are you saying I went to the wrong school?

Interviewer: Ohh nooo.. it's just that the candidates for top people in the Government went to the right school..

Candidate: ...............