Tutup buku sebelum habis baca, tak betul.

1. Di bawah tampuk pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah dilaporkan bekalan peralatan untuk sekolah vokasional di anugerahkan tender dengan harga yang tidak munasabah.

2. Alatan tersebut dibayar dengan wang rakyat sehingga 4 kali ganda harga asal.

3. Terdapat repot di tajuk utama akhbar tempatan.

4. Apakah kesudahannya?

5. Orang yang menganugerahkan kontrak telah di hukum atau belum?

6. Orang yang menerima kontrak telah disoal siasat atau belum?

7. Di harap tampuk pemerintahan kita sekarang, Dato Seri Mohd Najib buka semula cerita ini dan hukum mereka yang berkenaan.

8. Rakyat Malaysia semakin hari semakin pandai. Kampung pun sudah sedikit. Oleh yang demikian, pemikiran kampung itu hampir tidak wujud lagi.

9. Untuk menyelamatkan Malaysia, PM perlu lebih agresif. Tak perlulah pilih bulu atau kawan. Sesiapa salah, bawak sahaja lah ke muka pengadilan.

10. Nanti, bila PM dah pencen, takder siapa dari parti ingat. Lihat sajalah Tun Mahathir dan Tun Abdullah. Orang yang sayang mereka ketika mereka PM dahulu, kini kutuk mereka.

11. Tetapi, jika PM berbuat keadilan yang betul-betul adil, 1Malaysia boleh nampak.

12. Tak perlu bagi peluang kedua.

13. Ingatlah. Duit kerajaan ialah duit rakyat. Nama pun kerajaan demokrasi. Bukan "demo kasi".

No comments: