Demokrasi atau tidak?

1. Kerajaan Demokrasi merupakan kerajaan yang ditubuhkan berdasarkan suara rakyat. Oleh yang demikian suara rakyat adalah amat penting untuk menentukan kerajaan yang memerintah.

2. Untuk kerajaan moden, penentuan kerajaan yang akan dipilih untuk memerintah, pilihan raya perlu diadakan. Integriti pilihan raya perlu dikekalkan bagi menjamin keputusan mutlak rakyat dalam memilih kerajaan yang memerintah.

3. Undi daripada rakyat akan menentukan keberkesanan kerajaan yang memerintah.

4. Menang undi boleh diterjemah dalam bentuk kepercayaan rakyat dengan kerajaan yang memerintah. Kalah undi pula boleh diterjemah dalam bentuk kehilangan kepercayaan rakyat dengan kerajaan yang memerintah.

5. Pilihan raya umum ke 11, kerajaan Barisan Nasional menang besar (landslide). Ini boleh diterjemah dalam bentuk kerajaan Barisan Nasional dipercayaai oleh rakyat sebagai parti memerintah.

6. Pilihan raya umum ke 12, kerajaan Barisan Nasional hampir kalah. Ini boleh diterjemah dalam bentuk kerajaan Barisan Nasional tidak lagi dipercayaai oleh rakyat sebagai parti memerintah.

7. Kepercayaan rakyat adalah berdasarkan keyakinan rakyat terhadap pemerintahan parti yang memerintah. Ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antaranya kemudahan infrastruktur yang mencukupi, pemberian subsidi yang berkeberkesanan, harga barangan semasa yang rendah dan stabil, kadar inflasi yang rendah, tahap kesihatan yang tinggi, peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan yang mencukupi, kemudahan pengangkutan, harga bahan bakar dan lain-lain lagi.

8. Apabila faktor-faktor ini diketepikan, ia akan memberi impak yang mendalam kepada sesebuah individu. Proses ini boleh menyebabkan individu tersebut hilang kepercayaan terhadap kerajaan yang sedang memerintah.

9. Sekali lagi diulang bahawasanya kerajaan demokrasi adalah kerajaan yang berdasarkan majoriti suara rakyat.

10. Jika pilihan raya umum tidak mendapat undi, ini bermakna rakyat telah bersuara, keyakinan rakyat terhadap pemerintahan parti yang memerintah itu semakin goyah.

11. Andaikata suara ini diketepikan, keyakinan rakyat terhadap pemerintahan parti yang memerintah itu semakin hilang.

12. Untuk mendapatkan undi semula, kerajaan perlu memenuhi citarasa rakyat.

13. Pemimpin bermaksud seseorang yang boleh memimpin kejalan yang lebih baik dari sebelumnya.

14. Pengikut adalah orang yang dipimpin oeleh pemimpin.

15. Tetapi, pemimpin dipilih orang yang dipimpin.

16. Jika pemimpin hanya boleh memimpin kejalan yang lebih teruk, itu dipanggil perosak.

17. Jika faktor-faktor pelbagai faktor seperti kemudahan infrastruktur tidak mencukupi, pemberian subsidi yang tidak berkesan, harga barangan semasa yang tinggi dan tidak stabil, kadar inflasi yang tinggi, tahap kesihatan yang rendah, peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan yang tidak mencukupi, kemudahan pengangkutan yang rendah, harga bahan bakar yang tinggi dan lain-lain lagi - ini dinamakan proses merosak.

18. Setiap yang rosak pasti ada yang merosak.

19. Dalam kamus vegitasi, perosak harus dibuang bagi memastikan tumbuh-tumbuhan hidup dengan aman dan selesa.

20. Dalam konteks kerajaan, 'Pemimpin' yang merosak harus lah dibuang bagi memastikan rakyat hidup dengan aman dan selesa.

21. Kerajaan demokrasi ialah kerajaan suara rakyat.

22. Jika suara rakyat diketepikan kerajaan itu bukan lagi demokrasi.

No comments: