Pembelajaran

Proses belajar adalah amat penting dalam sesuatu komuniti masyarakat. Lebih-lebih lagi apabila komuniti itu dalam proses berpindah dari persekitaran kurang baik kepada yang lebih baik. Pelbagai subjek perlu dipelajari bagi memastikan proses pembelajaran serta penghadaman ilmu dapat dipelajari dengan lengkap.

Badan kerajaan atau swasta memerlukan pekerja-pekerja yang berpotensi dan berpengetahuan tinggi. Ini bagi memastikan tanggung jawab yang telah diberi dilaksanakan dengan penuh keyakinan, cepat dan tepat. Proses ini membolehkan keberkesanan setiap institusi kerajaan atau bukan kerajaan dilaksanakan dengan lebih sempurna.

Tetapi sekiranya keberkesanan tidak dapat dicapai setelah proses pembelajaran dilakukan, sudah tiba masanya proses pembelajaran itu dikaji semula.

Satu contoh yang proses pembelajaran yang amat efektif boleh kita perhatikan ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Sistem yang lebih berkesan dan mudah telah membuatkan para pemegang akaun berasa amat selesa apabila berurusan dengan KWSP. Urusan yang dahulunya mengambil masa berminggu-minggu, kini ianya boleh dilakukan dalam tempoh masa yang amat singkat.

Namun begitu, masih ada ruang untuk diperbaiki contohnya data rekod pemegang akaun yang dahulu ada juga yang tidak dapat dijumpai kerana perubahan sistem dari menggunakan rekod manual kepada rekod komputer menyebabkan sebilangan kecil data tertinggal.

Mungkin dengan masa, isu ini dapat diselesaikan.

Saya berharap agar badan kerajaan mahupun swasta mencontohi aspek-aspek positif yang ditunjukkan oleh KWSP.

No comments: