Teori 1: Mengapa pegawai kastam mati


  1. Lebih dari 20 orang bagi disoal siasat atas tuduhan menerima rasuah.

  2. Salah seorang pegawai datang seorang diri ke pejabat pencegah rasuah, untuk bagi keterangan dan cerita yang betul.

  3. Barangkali, dalam keterangan beliau ada menyebut pihak-pihak tertentu yang berpengaruh dan menggunakan pengaruh mereka untuk tidak membayar cukai membawa masuk barang-barang dari luar negeri.

  4. Atau pun, ada juga sekumpulan pihak 'gangster' yang bergantung kekayaan yang membawa masuk barangan larangan dari luar negeri melalui persetujuan ' bawah meja'.

  5. Samaada kumpulan berpengaruh atau 'gangster' yang terlibat, sudah tentu pihak ini ada pasang telinga di pejabat pencegah rasuah.

  6. Dengan tekan satu butang 'send' sahaja, pihak tersebut yang dinamakan terus membuat satu panggilan.

  7. Belum sempat pegawai tadi memberi keterangan di mahkamah, atau pun di lindungi oleh pihak polis, dia terbunuh atau di bunuh, atau membunuh diri di tempat kejadian.

  8. Tak ada keterangan, tak ada lah saksi.

  9. Tak ada saksi, tak ada lah orang yang memberi rasuah.

  10. Tak ada orang yang memberi rasuah, tak ada lah orang yang salah.

  11. Licik, tapi hina. Tak kiralah agama apa. Tak kiralah bangsa apa. Tak kiralah jawatan apa. Anjing lagi bagus.

  12. Teori semata-mata, nak percaya sukahati. Tak mahu percaya pon sukahati.

No comments: