Saya meminat kopi. Tidak kira kopi jenis apa, saya suka minum kopi. Oleh itu saya sering ke kedai kopi. Tidak kira kopitiam, warung, kedai kopi berjenama atau pun kopi di rumah.
Pada satu hari saya pergi ke 'Starbucks Coffee' di Cap Square, Kuala Lumpur untuk menikmati kopi seperti biasa. Di belakang bangunan Cap Square terdapat sebuah bangunan kondominium mewah. 6 Cap Square namanya. Ramai antara penghuni awalnya gemar datang ke kedai kopi Starbucks.
Kurang lebih setengah jam saya melayari internet di situ sambil meminum kopi, saya melihat ramai penghuni kondominium Cap Square yang datang ke kedai itu rata-rata berumur dalam lingkungan awal 30-an. Saya berasa bangga melihatkan perkara ini. Ramai anak-anak didikan kerajaan Malaysia sudah mampu untuk membeli kondominum mewah di Kuala Lumpur dalam jangka masa yang cepat. Sebagai rakyat Malaysia, saya berasa bangga kerana bukan orang luar yang memiliki kondominium mewah ini, tetapi anak jati Malaysia.
Selang 30 minit kemudiannya, perasaan bangga itu bercampur baur dengan perasaan sedih. 100% penghuni kondominium ini yang keluar masuk adalah berbangsa bukan bumiputera. Semuanya kaum Cina dan India. Saya sedih kerana saya berbangsa Melayu. Saya sedih kerana saya tidak nampak kaum Melayu yang keluar masuk dari kondominium itu. Amat menyedihkan lagi apabila saya bertanya kepada penjaga keselamatan samada ada penghuni Melayu atau tiada, jawapannya adalah tiada. Saya gembira kerana saya juga rakyat Malaysia. Sekurang-kurangnya bangunan-bangunan mewah sebegini tidak jatuh ketangan orang luar.
Saya ingin mengajak semua rakyat Malaysia secara amnya dan kepada bangsa Melayu khususnya supaya marilah kita bertungkus lumus berusaha keras mendapatkan apa yang terbaik untuk keluarga, agama dan negara yang tercinta. Insyallah, moga-moga 5 tahun lagi kita dapat melihat lebih ramai lagi bangsa Melayu yang mampu membeli bangunan-bangunan mewah di negara mereka sendiri. Amin.
-----------------------------------------------
I'm a coffee lover. Regardless the type, I like drinking coffee. Hence, I always go to coffee shops. Better it be kopitiam, 'Warung', branded coffee outlets or home made.
One day I went to 'Starbucks Coffee' in Cap Square, Kuala Lumpur to enjoy coffee like I always did. Behind this building (Cap Square) there is a new luxurious condominium. It is called 6 Cap Square. Quite a number of its tenant loves to come to Starbucks.
About half an hour being there browsing the internet over coffee, I saw a lot of Cap Square's tenant came over to the shop were in their early thirties. Seing this made me proud. A lot of the Malaysian Government's nurtured chirldren have now capable to purchase such luxurious condos in Kuala Lumpur within a short period of time. As a Malaysian, I'm proud of knowing luxurious condo like this is owned by Malaysians and not outsiders.
30 minutes later, the sense of proud dissipates with sadness. 100% of the tenants I saw were non-bumis. All of them were Chinese and Indians. I'm sad because I'm Malay. I'm sad because I did not see any Malays enter and exit the condo. What make it worse, confirmation given by the security guard that there were no Malays staying there. I'm happy because I'm a Malaysian. At least I know luxurious buildings like this did not totally fall into outsiders' hands.
I'd like to invite Malaysians especially the Malays, to work as hard as we could in order to provide the best for the religion, family and the nation. Insyallah, maybe in 5 years' time we can see more Malays owning luxurious buildings in their own country. Amen.
No comments:
Post a Comment